Monday, October 31, 2011

::~95~:: Report Missing External Hard Disk



Location : Berada di CC Taman Semarak 2, Nilai.
Mode : Risau
Kes : Kehilangan External Hard Disk 500Gb.


Hello.

Seperti apa yang dinyatakan di atas, saya sedang mencari-cari external hard disk yang berusia 2 tahun 3 bulan yang telah ditinggalkan secara tak sengaja di sebuah CC Taman Semarak 2. Sangat risau, okeh!

Apa yang ada dalam external tuh ?
Dalam external tuh, terdapat beberapa maklumat penting terutama sekali dokumen-dokumen kerja (yang dibawa keluar secara curi-curi), gambar-gambar peribadi (banyak yang tak bertudung), movie-movie yang di kumpul selama 2 tahun (3 bulan terawal, external tuh suci lagik. okay?), dan maklumat-maklumat lain termasuk berkenaan study, internship, proposal master, dan paling penting thesis final year project yang takda salinan di laptop mahupun tempat lain. HUaaaaaa!


Macam mana boleh hilang ?

Okeh, pada 27hb lepas lebih kurang pukul 11malam, saya ke CC tersebut seorang diri bagi mem-print-outt kan report confirmation interview yang dijadualkan pada keesokan hari nya. Dengan keadaan yang kalut-malut tersebut, external tersebut tertinggal di atas meja CC sekitar pukul 11 malam. Pada masa tersebut, tiada sesiapa bersebelahan kecuali geng-geng remaja mat motor yang berada di bahagian paling belakang CC.

Bila sedar ?
Agak terlewat. Saya tersedar perkara ini selepas mencari-cari external tersebut bagi memasukkan info-info berkenaan isu kahwin yang didoload dari www.myweddingcom 3 hari, 3 malam. Eh, jangan salah paham. saya belum nak kahwin, cuma saja baca-baca pasal ini untuk tambahkan kefahaman mengenai alam seterusnya kan. Hidup mesti ada persediaan, aint it ? So lepas tersedar terus tercari-cari dalam bilik, tandas, drawer, laci, beranda, kotak kasut dan semua tempat yang ada di dalam apartment tersebut.

Apa yang perlu dilakukan ?
Setakat ini, beberapa idea yang agak-bernas-campur-mengarut bermain-main dalam kotak fikiran. Antaranya,
- buat wanted posted berserta ganjaran utk sesiapa yang jumpa = Acceptable.
- buat report kat pihak polis = nonsense
- pergi geledah semua PC kat CC tersebut cari external kemungkinan terjatuh di tempat lain = acceptable
- Teropong customer one-by-one dalam CC & jadi mata-mata utk tengok siapa yang pakai external HD y sama = nonsense. memerlukan masa yang banyak dan possibility rate of success bawah 20%.
- tanya akak, abang counter CC tuh. = Done.
- bagitau mak ayah mintak buat solat sunat hajat = Nak kena lempang or buat korban time raya haji nanti try lah?


Harapan ?
Ketemu semula dengan external HD transcend warna oren tersebut. InsyaAllah, akan jumpa selagi chemistry bonded between us dapat dirasai antara satu sama lain. (Kemungkinan besar abang CC counter tuh pegang).

Corrective Action (eles, mentang-mentang maintenance EE selalu buat corrective active & preventive action).
  • Taknak pergi CC bawak external HD lagik.
  • Beli pendrive satu kotak, pastu semua contents sama dalam pendrive-pendrive tuh. kira macam clone lah.
  • Stick permanent owner kat dalam external HD, maybe boleh cuba dalam bentuk exe iaitu bila click run/open/execute akan keluar popup "The Cute Owner = Azhar". Then, bila format pun takkan hilang. delete lagik tak boleh. Hilang bila nyawa terpisah dari jasad si pemilik.
  • Letak magnet sensor dekat external hard disk. Boleh jugak letak remote sensor pada HD tuh. So bila hilang, senang nak locate semula.
  • Mintak tolong supplier HD sekarang re-design hard disk dengan voice, so bila owner hilang die boleh bagitau kat owner dia macam ni "Owner, saya kat sini. Jangan risau key?"
Sekian.


Saya,
Zaarz Awang Yang Susah Hati.
1400-1459:31102011
CC Taman Semarak


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, October 30, 2011

::~94~:: Beta Testing.


Errr....

Salam.

Saya mintak maaf, buat semua pembaca, yang mungkin terbuka blog ini secara tak sengaja.. atau mungkin sengaja buka blog ini kerana nak mengusha entry2 baru. Tapi takder yang baru lak. semuanya lama-lama, berhabuk plak tuh. (bandit)

Tahun lepas. (baca sekali lagi: tahun lepas), kalau scroll semula 2-3 entry yang sebelumnya, memang ada saya bagitau nak re-construct template blog. tukar ke MBT template dan template tuh dah bertukar ke MBT sekarang. cuma tak sempat nak re-edit die punye design jek. maaf. insyaAllah kalau ada masa akan diupdate semula. masa ni, tengah mencari kebaikan dan keburukan guna template MBT ni. Tambahan lagik, coding edit HLMT pun dah banyak lupa. Nak tak nak kena belajar semula pasal coding nie... Eh, template MBT ni sedang melalui peringkat BETA Testing. Kalau rasa okay dan sesuai dengan blog, maybe akan kekalkan aje. Kalau tak, terpaksa la carik template baru. *sigh*

Sekarang nak update pasal status saya. Honestly, im single but not available (bajek HoT. memang HOT pon). Ok T.I.P.U. Hahaha. Ek, back to the topic. Alhamdulillah, sejak 3 bulan lalu saya dah mempunyai punca pendapatan sendiri. Right now im staying at Nilai, working here as electrical officer (For us, we called it as officer. For others, they might understand it with another terms ;"Engineer or Asst. Engineer"). And for sure, im happy being here. Apartment disediakan. Electric free. Water pun free. Pengangkutan pun diberi. Tapi saya lebih prefer dengan TAG6068 saya tuh lah. =) So, i think these surely enough for me to get basic experience in working life & also to get some salary utk tanggung my-single-mingled-life ni =)

Okeh. Tuh aja nak cakap tuk entry kali ni. By the time, i miss my ol's friend yang active berblog way back when i was UTM student. Anis. Bob. Madihah. Ana. Dylls, anak murid blogger aku. & everyone yang pernah berkenalan melalui dunia pemblog-ban ini. Wah, rosak betul tatabahasa aku sekarang. sembah

so sekian saje. terima kasih,
Zaarz Awang.

P/s : apasal lah blog kengkawan lama ni tak leh bukak dah. (hairan)
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |