Thursday, September 30, 2010

::~88~:: UTM Convocation Day


Psss.....

Ini adalah new post yang ke-5 aku buat. Empat post sebelum ni, semuanya ditulis dan di delete semula. Heh, doakan post kali ni berjaya di 'publish'kan kat sini. Tapi, kalau anda da berjaya membaca post ni, means this post successfully published laa kan ? hoho. mengong untuk tuan blog.... isk, okey...okey.... malas nak berleter lame2, bebeller blog ni tengah mengalami masalah mata merah sebab tak cukup tidow.... =(

Hmm.... Ekceli, this blog is rarely updated, hm... maybe rarely is not suitable words there, how about i replace it with 'not'. So, this blog is not updated since last month ago, which means before raya. oho, 2 days before hari raya if im not mistaken lah... btw, im here is to show some of the convocation pictures that was taken during "UTM Convocation Day" which were held on 25-29 September. Oho, but my faculty convocation is on 26th, which means last sunday la kot. Hua2... Enough with the words-talking, cuma nak tunjuk la skit2 gambar convocation yang agak comot sebab jurugambarnye adelah Abg Shukri... wahahaha(gelak jahat).


[~Ehem. Ehem. Ehem.. Macho Syiaaaaal!~]



Aaaaahh.... machonye mamat ni.... demn. demn. kenapelah beliau berposing sedemikian rupe. demn demn... sangatlah kacak lagik hensem beliau! Sila-tolong-paksa admit pembaca2 sekalian, mamat di atas sangatlah macho! Erk... maafkan si bebeller yang membebel mende2 yang tak patut dibebel ek... ok2, gambar di atas sebenarnya diambil oleh seorang photographer-yang-perasan-professional di tepi tasik UTM. Sebenarnya, ada beberapa tempat lagi yang dijadikan lokasi pengambaran 'bintang-konvokesiong' ini, seperti Balai Cerap(tempat yang tertinggi di UTM la kot, sila refer ini dan ini), hadapan main entrance UTM @ balai pengawal keselamatan UTM tuh, dan dalam kawasan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Tapi, takmo la upload semua... kan upload bebanyak, ada orang jeles pulak tengok kite berposing-posang ngan jubah konvo tuh kan ? =P


[~Bergambar di tempat pak guard melepak~]

Bagi memudahkan para manusia yang masih bergelar mahasiswa/wi, di sini aku nak sertakan sedikit sebanyak event konvo yang belangsungkawa pada hari Ahad tersebut....

2.10 : Para graduan-tak-rasmi mendaftar dan beratur masuk dewan.

2.20 : Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu dari zaman sekolah, lagu negaraku.

2.30 : Pro-Canselor, Vice Canselor berucap yang memakan masa lebih kurang 30minit. Walaupun para graduan-tak-rasmi berasa bosan, tapi mereka tetap cool dan buat-buat dengar ucapan tersebut.

2.55 : Majlis pernyampaian ijazah sarjana muda di mulakan bagi FKE, dan di ikuti dengan FAB. Graduan-tak-rasmi FKE memakai kolar warna kuning pinang masak @ kuning emas yang melambangkan ke'bakal'an ke'kaya'an, ke'senang-wenang'an dan ke'mewah'an buat para graduan FKE. Manakala kolar hijau gelap bagi graduan FAB yang melambangkan ke'jeles'an terhadap para graduan FKE yang membawa warna kuning pinang masak yang ber'base'kan ke'kaya'an, ke'senang-wenang'an dan ke'mewah'an tersebut...

4.15 : Majlis bakal tamat. Message dihantar kepada Encik shukri yang sedang berpoya-poya di JB untuk menjemput aku sebagai graduan-sudah-rasmi bergambar2..

5.30 : Encik Shukri yang memegang kamera baru tiba, rosak habis program nak bergambar dengan wanita-wanita jelitawan-rupawan-wajahwan... =( last2, seb baik ada seorang budak perempuan yang baru diangkat martabatnye sebagai wanita.




Heh, lupe nak ucapkan terima kasih kat hanis sebab kau la sorang wanita graduan yang rasmi sudi bergambar dengan aku.... ^_^

Haah, lepas ni insyaAllah nak cerita pasal IMREC plak. Ape itu imrec, dan bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan gadis khunsa bernama imrec ni.....

:inlove:
!Wo Ai-Ni........ Woi azhar!
GTG~ Nitetoooooo~
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, September 08, 2010

::~87~:: Selamat Pulang Perantau


Selamat Pulang Perantau!

Selamat pulang kepada adik Ariff.
Selamat pulang kepada Kak sal.
Selamat bakal pulang kepada Kak Jie dan sekeluarga.
dan,
Selamat bakal pulang kepada Abg Ri dan sekeluarga.

Dalam 10 adik beradik yang ada, 2 daripadanya telah selamat sampai. Alhamdulillah, semasa aku meng-update blog ni, ayah dalam perjalanan pulang dari menjemput kak sal yang baru aja tiba di stesen bas bandar KT tepat pukul 5.30 tadi. Diharapkan, Kak Jie dan tentera-tentera hyperaktifnya dari pahang tiba petang ni dengan selamatnya. Dan insyaAllah, flight dari Sarawak yang membawa Abg Ri sekeluarga dijangka landing malam ni...



Haah, untuk raya tahun ni.. hanya mereka-mereka di atas ja yang dijangka wujud dan dapat dilihat serta dapat dipau duit raya masa hari raya pertama. Lain-lain adik beradik, insyaAllah akan membanjiri rumah ni masa raya kedua & ketiga. Haih~ Ni mesti kes tak menang pilih kampung nak balik beraya, terpaksa balik lewat... kwang-kwang. =P So, list untuk mereka² yang akan balik selepas raya pertama berserta alasan diorang adalah,

Raya Kedua,

Kak Za
dari Kelantan - "Gagala lepas anak-anak memihak kepada abienya utk beraya di kelantan".
Kak Da dr Teregganu - "Tahun lepas terengganu dekat sana dah, tahun ni terengganu belah sini pulak.."

Raya Ketiga,

Abg Yo
dr Sembilan - "Ikut mana yang best. Kalau raya pertama dah bosan kat kedah, terus balik terengganu raya kedua".

Actually, aku tak kisah pun diorang nak balik hari ni, esok atau pun lepas raya, yang penting, dapat berkumpul bersama-sama sambil bercerita, bergelak-tawa mahupun bercakar-cakaran antara satu sama lain sampai puas..... He He He...

Haihh... sekejap ja rasa sebulan puasa, pejam-celik-pejam-dengkur, tau² esok dah nak raya. Dan rumah yang dulunya sunyi dengan kami 3 beranak (aku, ma, ayah), kini bakal kembali bising dengan ngauman-ngauman anak sedara yang 20 orang jumlahnya. Fuh, bila ingat angka 20 orang anak sedara tuh, rasa senget sebelah bahu.... bila nampak dedua puluh orang tu, rasa patah tulang belakang nak melayan ragam-ragam dorang... haih haih. Takpe, sekali setahun patah tulang belakang......
:ha?:
Rindu lak dekat anak² sedara.... >_<


[~Adakah aku akan mengerjakan mereka, or dikerjakan mereka?~]


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |