Saturday, January 30, 2010

::~65~:: Mencari Yang Hilang



Salam,


Aku tak pandai nak mentafsirkan apa yang aku rasa sekarang. Aku tak tahu kenapa benda ni susah sangat nak diolah dengan kata-kata, dan jika boleh pun... rasa macam ada kurangnya dalam setiap kata-kata tersebut.. Aku tak reti macam mana nak convertkan perasaan aku dalam bentuk tulisan yang lagi senang untuk orang lain baca dan faham. Tapi yang aku faham sekarang, aku perlukan seseorang untuk sama-sama berkongsi masalah aku ni.. tapi aku tak suka menyusahkan orang lain untuk memikirkan masalah aku ? So, aku rasa... aku perlu off dari semua orang untuk menjaga perasaan2 mereka yang secara tak langsungnya terlibat sekali dalam masalah aku nie.

Papepun aku rasa bersalah sangat2 sebab biarkan menda yang tak patut tuh berlaku. Aku tak seharusnya buat macam itu, tak sepatutnya pulak buat macam ini. Haa, aku pening. serabai. kusut. Aku tidak mampu nak biarkan perasaan tuh terus menyerang aku, sebab dek kelamaan aku pasti sangat benteng ego seorang lelaki yang keras tu retak, dan berderai. Lagipun, aku tak boleh nak counter-attack balik perasaan tuh, aku memang failed dalam bab macam nie. Perlu ke aku mendiamkan diri, atau buat macam biasa dengan masalah ni, or teruskan dengan niat aku sebelum nie... pergi jauh2, lari dari semua orang ? Ye, aku tahu tu bukanlah solution yang terbaik dalam menyelesaikan masalah... Tapi aku memang tak punyai cara lain untuk mengatasi masalah ini.




[~Down to the ground~]

Btw, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa jek yang pernah hadir dalam hidup aku sejak-dua-menjak ni. Walaupun ada sesetengah mereka aku terpaksa removekan dari FB, ym, phone aku, tapi aku tak removekan mereka dari hidup aku. Dan aku tak mungkin sanggup melenyapkan terus mereka dari kotak memori aku. Aku nak ingatkan dia, yang aku ni tak sama dengan mana-mana lelaki yang suka bermain dengan kata2... aku tak perlu semua tu, sebab aku tak ready dan tanak langsung nak fikir semua tuh. Maka sekarang, aku perlu buat keputusan yang tak menyusahkan kamu lagi.. Aku tanak ganggu kamu lagik. Enough said.

Tears are now ready to come out, and it happens just like that. Without any hesitation, it just.. just coming out without my eagerness .. But obviously im not letting it out beyond my control and take over myself, not for now though.... Hoh, Ahmad Azhar.. ingat nie :

Photobucket Try your best to crash the feelings and reverting it to the old days... just dont let it crash you apart, not anymore Quote Right

From Heart-To-Words-by ZaarZ
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, January 28, 2010

::~64~:: Hate & Love Song



Assalamualaikum...


Ada sesape tak pernah dengar lagu hlovate - hate and love tuh ? Hmm.. Kalau ada, baguslah... Lagu tu diambil dari buku aA+bB dan lyricsnye memang sedap sangat.. tapi sayang, cuma liriknye jek yang composernye buat... die punye melody, takde. Tapi last year, one of her fans yang adapt kan lagu tu sekali ngan music, upload dekat youtube dalam video format. Tapi sekarang, dah takde kat youtube. Maybe die remove balik kot...

Anyway, minggu lepas saya pun ada uploadkan lagu tersebut guna 4shared selepas convertkn lagu tuh ke dalam format mp3, tapi tak berani nak hu-ha hu-ha dekat orang lain pun sebab lagu tuh memang bukan saya yang punya. Nak dijadikan cerita, semalam tepat pukul 5.00 petang camtuh la.. saya sempat laa chat dengan composer merangkap penulis buku Aa+Bb tu, asking permission to publish lagu tersebut...



ZaaRz : Salam Hlov, is it okay for me to publish your song.. Yang ada "love and hate driving me crazy tuh"?

H : Huh?

ZaaRz : Ekceli lagu tu da upload ke 4shared. Dalam flv, but ive convert it to mp3.. here's the download link.. www... bla bla bla..

Selang 4 minit, baru die reply..

H : oo.. How about if we take it off?

H : sebab yang tu under publisher copyright

H : *copyright

H : Nanti jadi isu pulak.

ZaaRz : Owh, okay. Nanti saya remove balik lagu tuh okay.. Thanks anyway.. :)

H : Thanks. Senang nak deal dengan orang yang cepat faham nie... ;)

pastu biasa la, buat2 tanya sikit walaupun dah tau jawapan dia..

ZaaRz : Btw, nanti masa pesta buku bulan mac nanti hlov ada kat tak ? walaupun senyap2 ?

Hlov : takde, saya takda kat malaysia pun masa tuh..

ZaarZ : as i thought. Okay, thanks.. May god bless. :)



So, saya bagi pihak ZaaRz nak mintak maaf dekat sape2 yang teringinkan lagu tuh... Memang ramai yang request, tapi memandangkan penulis buku tersebut pun tak mahu lagu tu dipublish sebab ianya under JS copyright, so dengan segala hormatnya link lagu tersebut akan diremovekan dari 4shared.. kepada yang berjaya mendoload tuh, Farhana Nazwin (dat song was converted to mp3 form for you actually), Najmah Majid, and Husna si budak kecik, tolong jangan uploadkan lagu tersebut dekat mana-mana lagi lepas nie.. okay?
Rasa bersalah pulak sebab convertkan dalam mp3 format.. dush2~ :sorry:

Dan lagi 12 orang anonymous people yang curik2 doload lagu tu pun, jangan upload dekat mana2 lagi dah lepas nie... Sebab, Hlovate cakap sendirik yang lagu tuh under JS COPYRIGHT. Nie die sendiri yang mintak, so kalau ade tue pun.. diam2 sudah.. Okay~
bising

Haah, terlupa... Nak mintak maaf jugak dekat sorang budak sebab sengaja bagi number mock phone number kat dia, ingat ker dia tahu yang number 0123456789 tak wujud kat malaysia, tapi dia pergi dial pastu tak dapat sampai dia sob-sob-sob.. tumbuk So, saya mintak maaf yer.. :) Tak tipu lagi dah lepas nie...Tapi, kita nak gelak jugak...:ahaha:

Thanks. Thanks. and Thanks.. topi

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Tuesday, January 26, 2010

::~63~:: First Week of January (PART 2)



Sebelum tirai januari 2010 sampai penghujungnya, saya nak sambung posting sebelum ini... Jom kita flashback 24 hari yang lepas... Kalau yang belum baca tuh, baca laa
posting nie dulu yer...

Memandangkan 1 januari dah cerita, 2 januari pun dah bagitau... so, sekang kita sambung ngan 3 Januari la ek.. Ehh... Sebelum cerita, kena bukak diari dulu... tengok2 balik aktiviti 20 hari yang lepas...


** This post kinda boring because it was directly taken from my dear-rie, those who still insists to read... go on. Tapi yang macam malas dah nak baca dan jenis tak suka baca diari orang, okay je nak stop sekarang pun. kenyit Anyway, enjoy d reading.



3 Januari 2010

Hari ahad, 3 Januari tak banyak benda yang berlaku. Tapi untuk hari nie, persiapan untuk menempuh hari-hari kebusyan akan bermula. So, untuk minggu ini... banyak benda yang kena buat, amik barang PSM, terkejar sana-sini jugaklah untuk cari barang PSM tuh, siapkan overall circuit sebelum presenting to the Mr Supervisor... So, pendek cerita hari ahad tuh.. memang takde benda tak menarik yang berlaku pun, yang menarik lagi laa takkan berlaku..


6 Januari 2010

Kuliah High Voltage Technology (IVAT) yang memboringkan berjalan seperti biasa. Dan semasa berada dalam kuliah tersebut, tepat pukul 12.30 tengahari, terima call dari seorang operator perempuan yang memang dah terkenal tahap keseksian-nya, iaitu Cik _ _ _ _ dari Nokia Care Centre Johor mengatakan handphone saya dah siap repair. So, Cik 4-huruf tuh pun meminta sambil merayu2 saya untuk mengambil handphone berjenama nokia sebelum pukul 7 petang hari yang sama. Dan dalam masa itu, terus agreed nak pergi ambil hari ini before pukul 5.

Masuk aja pukul 3.00 petang, terus bertolak ke Nokia Care Centre JB dekat bangunan Landmark Johor tuh untuk bertemu dengan Cik 4-Huruf yang secara tidak langsungnya, apabila memandang dia maka terasa terseksa jugak laa nak alihkan pandangan kat tempat lain selain dia.. Hailoh... Sebelum sampai ke City Square, memang sibuk dan sesak sangat jalan di tengah2 bandaraya johor hari tu.. Dengan timbunan kereta yang berpusu2, motor-motor yang mencelah2 di antara kereta, dan puluhan taxi yang melepak kat tepi jalan secara berleluasa menambahkan lagi ke-jamn-nan jalan tersebut ke-damn-an yang sedia ada dalam diri nie.. Nak tak nak, terpaksalah mencelah-celah di antara kereta-kereta tersebut. Dan semasa perbuatan mencelah2 dengan bergaya tuh berlangsung, tiba-tiba kejadian yang memang dinanti2kan sebelum nie terjadi... accident... Kereta depan brek secara tiba2, dek tak sempat nak brek... terlanggar laa jugak bontot kereta itu yang berkilat2... Memandangkan si pembawa kereta tu buat dek jek (maybe die tak sedar) dan kesan perlanggaran tersebut takde ketara sangat, so saya terus laaa bergerak ke depan kereta tersebut... Dan satu perasaan muncul setelah melihat wajah kereta tersebut dari depan, logo bintang tiga (bukan komunis) dan terus berkata,

"YES!!! Aku langgar Mercedes Benz.... Lampu bulat pulak tuh.... Happy giler!!!"

Then, setelah sampai dekat nokia centre tuh... perasaan happy accident dengan mercedes benz lampu bulat tuh bertukar dengan perasaan kecewa yang amat sangat setelah berjumpa dengan Cik 4-Huruf tersebut... Dan sekali lagi hati mula berkata2,

"Kenape pulak Cik ni pakai sopan semacam hari ni... Takde belah sana belah sini lagik... Ala.. Frustnye...".

So, hari tuh pasrah jek lah dengan apa yang berlaku.. dan handphone yang dibaiki semula tuh pun, dah okay balik... dah boleh guna.. dah boleh nak wifi-ing dan 3G-ing smula dah..
adacall


8 Januari 2010

Jeez, selipar kesayangan yang telah dipakai selama satu dua semester, putus secara tiba2... selipar tu putus, bukan satu, tapi dua pulak tue... Yang satu tu putus masa pergi solat jumaat... Elok2 jek nak turun motor, sempat melangkah 2-3 tapak... pap... putus! Hailoh.... Terpaksa laa jalan sambil menjijing menggalas memegang selipar yang sebelah lagi tue...

Dan yang takleh blah, backup selipar merangkap selipar kedua putus jugak masa balik dari beli bebarang elektrik untuk projek tadi.. Agaknya tengah hujan, then licin... selipar pun putus.. bila selipar putus ? Maka si pemakainya jatuh terjelopong laaa.... Tapi cepat2 bangun dalam kesakitan, sebab nak selamatkan komponen2 elektrik dari mati lemas dalam longkang yang ber'arus' deras tue.. T_T Dan disebabkan selipar tuh si A (maaf, nama terpaksa dirahsiakan) jatuh kejedebok, maka selipar tuh pun telah dicampakkan ke dalam tong sampah bulat K10 kaler hitam..

Sebenarnya, sebelum selipar ni putus.. beliau dah menunjukkan tanda-tanda akhir sebelum pemergian beliau ke dalam tong sampah tuh.. Pertamanya, selipar ni agak-agak longgar semasa diguna pakai untuk ke kelas, malahan beberapa kali tercabut di dalam bilik air.. Dan semalam (7 Januari), selipar tuh juga putus semasa pergi ke arked K9... Putus dihadapan pandangan2 wanita yang comel-domel, ni semua gara-gara seorang lelaki hidung belang yang pijak selipar tuh secara tak sengaja.. Olo... Malu gila sungguh-sungguh masa tu... tapi, macam biasalah.. penulis blog ni kan seorang yang macho, maka dia dapat mencontrolkan dirinya memasang semula tali selipar tersebut dengan dahi yang berkerut2... Anyway, kepada sesiapa yang masih berhajat mahupun berminat nak tengok selipar tersebut, bolehlah datang ke sini... atau terus ke pusat pelupusan sampah negeri johor yang terletak di guantanamo.. angkatkening

Sampai sekarang, hanya tinggal back-up selipar yang dihadiahkan oleh budak tahun satu tuh diguna-pakai untuk ke kelas, tandas, dan dating...topi
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Saturday, January 23, 2010

::~62~:: Salam Takziah


Salam...

Sembah takziah buat seluruh keluarga Diraja Johor dan rakyat johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail 7.15pm semalam...

Walaupun saya bukanlah rakyat johor asli, tapi setelah berada di negeri ini hampir 4 tahun, so sedikit sebanyak terasa jugak lah dengan pemergian baginda ke rahmahtullah semalam... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah baginda....


[~Picture Taken From NST NP~]

Sempena tanda hormat diatas kemangkatan baginda, kelas degree plus plus, AutoCAD hari ini pun turut ditunda... So, marilah kita yang berada di johor ni berkabung selama 7 hari yer....

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, January 11, 2010

::~61~:: Hari Isnin~



Biasanya kalau hari isnin, mesti semua orang tak suka kan ? Biasanya kalau hari isnin, semua orang start menyibukkan dirik dengan kerja masing2 dah... biasanya kalau hari isnin, mesti kena paksakan diri untuk bangun awal, tak tidor lepas subuh dan pakai baju formal (read : bertali leher, berkasut hitam, baju kuliah)... kan ? Dan macam saya jugak, sangatlah tak suka dengan kehadiran hari isnin nii... T_T Tapi, life is a circle.... We must facing it even though we dont want too... Does so ? (Does so - ayat lecturer mat saleh celup minyak power sys. analyses)....

Then, bila masuk je hari isnin, mesti kena siapkan diri sebagai kaunter pertanyaan Encik Supervisor PSM. Bila masuk je hari isnin, mesti kena tulis, lukis2 litar dalam logbook PSM; apa yang dah edit, apa yang ditambah, apa yang dipakai, apa benda apa yang bila apa je, die menghasilkan ntah apa-apa... bila masuk jek hari isnin, mesti kena pergi situ-sini cari barang untuk PSM.... dan hari ini, bila masuk jek pukul 12 tengahari tadi... rasa happy sangat sebab bersemangat nak pergi ambil tempahan komponen yang dibuat dekat Cytron Technologies kat taman U tuh....


[~Bungkusan yang diterima..~]



Ekceli, tempahan ni dah dibuat minggu lepas... tapi baru sampai sebab shipment from singapore.... Haih, barang luar negara tue...jelir Tapi sebelah JB je pong, sejam jek dari sini..


[~Gambar yang telah dizoom 44x~]

Haa... itu dia, pulse transformer... kalau ikut bahasa melayu, benda alah ni dipanggil pengubah denyut... Heh, walaupun benda ni berbeza ngan transformer biasa, tapi benda nie laa yang memainkan peranan penting dalam PSM saya. Nak dapat menda ni, bukannya senang.. dekat Malaysia ni, stoknye takde langsung... tapi dekat singapore ade dalam 26 kot... T_T Walaupun harganya sama macam topup RM30, tapi saya rasa macam tak berbaloi jugak.. sebab kecik gile!!! Even kad topup RM30 tu pun 10 kali ganda besar dari menda alah nie.. hailoh, electronic-electronic... kecik sungguh!

So memandangkan Pulse Transformer dah berada dalam genggaman, lepas ni boleh laa nak proceed dengan PSM. Dan insyaAllah, dalam sehari dua ni siaplah prototype untuk rectifier circuit.. Oh, dah tak lama dah.... Siap, merdeka!!

[updated on 12/1/2010 : petang ni masuk LAB.. kena testing litar yang da siap.. hoho.. doakan tak meletup ek!~]
best~:woooh: best~
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, January 10, 2010

::~60~:: Bersepah......



Bersepah...



[~Bebarang PSM yang tengah melepak atas meja...~]

Tak seronok kan bila tengok bilik sendirik, bersepah....

Tak seronok jugak bila tengok meja study, tak macam rupa meja study dah.. tapi lebih cenderung di panggil meja-bebarang-melepak. Huish, pelik pulak nama tue...

Hmm... Ada sape2 nak tolong saya kemaskan meja ni tak ? nanti saya belanja.... uhu~ Dunkin Donuts plus Sundae Choclate Cornetto yang limited edition punya... Nak? Tapi syaratnya, perempuan dan berani masuk bilik UB1 3002 serta menghadapi rumate I yang beratnya hampir 100 kilogram... ada mahu ?

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Friday, January 08, 2010

::~59~:: First Week of January



Baru je seminggu berada di dalam tahun baru, dah macam-macam perkara yang berlaku... Semua perasaan sedih, gembira, kelakar, kecewa, putus asa dah bercampur-maur menjadi permulaan yang seakan mencabar bagi melengkapkan acuan hidup di tahun 2010 nie....


Kita start dari 1hb, apa yang berlaku ?


1hb Januari 2010 :

Hampir accident dengan mat-rempit-UTM dekat selekoh Kolej Tun Hussein Onn... Masa tu tengah bonceng Azizul, so sayalah yang bawak motor... nak kata laju, dugong berenang dalam tasik UTM boleh potong lagi kot.. nak kata slow, tenuk species tapir air menjalar atas Lebuhraya Karak pun tak dapat lagi nak overtake, *rasanya-lah*. Tapi alhamdulillah, dek kerana berhemahnya (sila baca : cekap, mantap, hebat encem) menunggang malam tue.. sempat mengelak dan membrek dari dilanggar mamat tue. Jijo pun sempat berpaling dan sound, "WooooooooiiiIiiii....lahanat ". Haihlo, ramai sungguh penunggang motorsikal mahupun pemandu kereta yang tak lepas undang2 kat UTM ni. Diorang nie kalau nak belok, main pakai niat jek. Bajek orang belakang, depan, kiri, kanan boleh tahu pakai niat jugak arah mana dorang nak belok tue.. Hailooo... Lepas ni ingat nak je suruh Sarjan Misai kat UTM ni bukak kursus undang2 free kat mereka-mereka semuanya ni (perempuan dan foreigner, amnya).


2hb Januari 2010 :

2hb Januari ni jatuh pada hari sabtu, dan kalau ikut kalendar hijrah... 16 Muharam 1431H. So, untuk hari tue berlangsungkawa-lah majlis anak-anak terengganu bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Azhar bin Awang (yang ni bakal je) Idris Jusoh(runtuh habis stadium terengganu) Datuk Ahmad Said. Dengan ditemani oleh si faiz (alaa... yang selalu kat facebook tu, die akan cakap cam nie kat wall saya. "Azhar, miss u". takpun, "rindula...".. takpun, "awak buat apa tue" takpun.... okay, sudah2... serius, saya rasa jelek-melek dah ngan ayat2 faiz poyo tue.. Hehe~ ^_^. Kes malam tu berlaku camni, bila faiz yang berada di luar dewan sms saya yang berada dalam dewan ajak balik...

Faiz : Weih azhar, mu tanak balik lagi ke ?

ZaaRz : Tanak lagi. Aku dapat hadiah nie....

2 saat selepas tue,

Faiz : Eh... mu dapat hadiah ke ? Hadiah pe ?

ZaaRz : Haah... dapat! Hamper jek... (actually faiz kena tipu bulat2 heksagon2 masa ni gelakguling)

1 minit kemudian,

Announcer : 382, 786.... bla bla bla... (bold tu, nombor azimat saya. dah jampi bagi ayat pengasih sekali pon).

Sebenarnya, masa saya reply tu tengah tunggu lucky draw, arround 10 prizes left.. dan tahap2 akhir la kan, mesti laa yang tinggal hadiah yang best2 kan ? Orang terengganu kate, "ge-reng pe-rehs" yang seerti dengan "grand prizes".

So, berkat menipu faiz tue... hadiah hamper bertukarlah menjadi mende alah di bawah...


[~Hye kawan2, saya toaster. Tuan baru saya adalah ZaaRz. Saya bersedia berbakti untuknya peace~]

Ucapan dalam hati masa dapat hadiah :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas hadiah yang bermakna buat saya, keluarga saya, rakan2 terutamanya teman sebilik kerana dianugerahi toaster. Saya berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, dan Datuk A Samad Said (xingat nama lol) kerana memberi peluang untuk berada di dalam majlis ini serta diganjarkan dengan toaster. Selama ini, hidup saya sungguh susah dan syahdu tanpa toaster.. tanpa toaster, saya terpaksa... diboldkan sekali lagi... terpaksa, makan-roti-cicah-air-kosong-sampai-lembik. InsyaAllah, lepas ni saya dan rumate saya boleh makan-roti-bakar-sapu-jem-kaya-aji-Mighty White gitu....
rindu


**akan bersambung**
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, January 04, 2010

::~58~:: Happy January 2010



Satu....

Duaa..


Tiga...


Yeay,
celebrateSelamat Tahun Dua-Ribu-Satu-Kosong. celebrate

Errr, walaupun dah 4 hari berada di alaf tahun 2010 ni, rasanya sempat lagi kalau nak ucap selamat tahun baru kat kengkawan di alam maya semua, kan?

So, pertama sekali.. i merangkap tuan punya blog.. memohon maaf atas kesibukkan yang melimpah ruah sejak akhir-akhir ini, dek kerana projek tahun akhir yang terbengkalai sejak semester lepas, telah diberi peruntukkan berjumlah sekian-sekian untuk disambung semula semester nie.


Hailoh, actually dah semangat nak update blog dua-tiga hari lepas. Konon nak pasang azam baru, masuk tahun baru nanti naklaa update blog setiap sejam sekali.... tapi, tak sampai seru pulak nak update malam 1hb lalu tue. Dan apatah lagi malam-malam selepasnya tue... T_T


Anyway, memandangkan hari ni dah alang-alang update... so saya dengan berbesar hatinye nak wish dekat beberapa mahluk yang bergelar homosapiens terawal yang menyambut hari jadi di bulan januari ni... terutama sekali untuk adik, Muhammad @ Mohommad @ Mohd Ariffuddin (Arif, name depan ko ape ek?) sempena besday dia hari nie... ^^


Tuk Ariff,

Photobucket We've been together for 18 years now, spending times with humors and jokes, going there and there together..and now, we've grown old.. every one of us take our own step now...do you still remember back then ? When i asked you to join me in engineering, but you keep refused.. Stand with your own dreams, it doesn't concern me much at that time. Because i know you were a good little brother to me, and i know that you can make your own decision too... Somehow, i truly proud of what you are today.. being a youngest isn't easy, am i right ? To be left-ed by other siblings, looking after our parents.. Oh, pity you.. but, you do a good deeds over there. :) Those of your silly-jokes, your hellish-attitude towards me, its a quite troublesome indeed.. But anyway, it still does make me happy having you as my only 'adik-kandung' . Selamat hari jadi laa yer, adik! love Quote Right



[~Abg tanak gelak, tapi aku tak tahan dari tahan gelak lepas tengok budak berlakang tu gelak. So aku gelak la... Cicak-Kuben-version-Itali punye pengakap gelakguling ~]


[~Gambar baik-baik.. ^_^ ~]

Dan makhluk kedua, yang selalu berada di hati i... though i dont remember much your besday, tapi terimalah..... "Selamat Hari Jadi, Kak Long...". Dah besar pun kak long nie, dah boleh bercakap, boleh membaca... tapi sayang sebab umur baru 5 tahun dan tak pandai lagi bukak blog ayah sue nie... ye tak kak long merangkap Ainul Mardihah ? tumbuk

Makhluknyee ketiga, dylla.. celebrate
Happy besday ya~!
Wish you live happily for the next
journey of life,
Face the futures head on,

Whatever it takes, Whatever difficulties that may be arise from that,
Hope you still standing on
the right path, and learn from those mistakes,
to become great as you are now. :) Happy Friendship jugek ye. topi

Dan makhluk2 yang lain tue, taktau lagi bila besday korang mengambang, sorry ye.... Papepun, selamat hari jadi kepada semua kengkawan yang lahir bulan januari nie. tepuktangan

May God Bless..senyum
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |