Thursday, December 24, 2009

::~57~:: Update Y Malas Sekali.


Bukak....

Tutup...

Bukak lagi...

Tutup...

2 jam kemudian,

New Post...

Pastu close...

Hah, malas nak update...

Hailoh... Kenapekah dengan diriku yang mengalami sawan-malas-nak-update-blog nie? Tapi, kat facebook sibuk pulak nak update2 status, kutuk2 orang, pastu main Mafia Wars sambil-tunggu-energy-pack-respawan-balik. Buang masa sungguh disitu.

Sekang ni, I lebih prefer blog-hopping, blog-walking, blog-waddling or ape2-perkataan-yang -semaksud-dengannya ke blog2 orang lain... ;) ada blog yang comel, ada jugak blog yang hensem, ada jugak blog engineer-buat-novel-best (biasa dengar boy baca novel je, tapi tak pernah lagi jumpe boy buat novel)...Kenape ek, blog orang macam comel gile2... tapi bila tengok blog sendirik, rasa nak humban dalam-tandas-kapal-terbang-concord jek. Haih... Tolong2x, jemu dengan blog sendirik... any idea ?



Haah, saya tahu ramai antara korang yang menjadi silent readers (cheh, perasan) blog ni kan ? so, ape kate kalau korang-korang tinggalkan link korang-korang kat chatbox kat sebelah sidebar tu boleh tak ?? Nanti bolehla saya usha2... hohoo.peluk


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, December 20, 2009

::~56~:: Roti dan Jem



Bangun di awal pagi merupakan salah satu proses normal bagi pelajar, sama ada pelajar sekolah rendah, menengah, mahupun universiti. Mengikut satu perencanaan yang telah dikemukan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia, statistik pada tahun oktober 2009 telah menunjukkan beberapa perubahan tingkahlaku pelajar di mana golongan tersebut akan bangun seawal yang boleh bagi mengulangkaji pelajaran, menjalankan ibadat malam, serta bersenam di awal pagi. Bagi pelajar yang bernama Ahmad Azhar(wow, that was me!), beliau bangun pagi adalah kerana ingin menunaikan solat subuh di mana ianya wajib ditunaikan bagi mereka yang sudah potong, bukan WiMax (err.. sedikit kelucahan disini.. tapi hakikat), dan semakin awal beliau bangun kerana kelaparan yang dialami beliau pada waktu pagi adalah berkadar terus dengan masa. Heh, dah... macam baca berita jek.


Hari ni, bangun pukul 5 lebih... dek taktau nak buat apa sementara tunggu azan subuh, ditambahkan lagi dengan kegatalan kelaparan yang menggaru-garu dari dalam dinding perut, rasa macam tak boleh hidup tanpa makanan jek. Heh, memang realiti kan.. manusia takkan dapat hidup dari makanan, dan makanan takkan dapat lari dari manusia. Errr... Melalut lagi. Sorry.

So, nak dipendekkan cerita...



Si tuang (satu kesalahan tatabahasa disini..encem) blog pun cari lah makanan yang ada di dalam bilik yang sedang dihuni sengsorang selama 2 hari nie (mane rumate.... rumate.. balik cepat & bawak makanan banyak2), dan terjumpa la sebungkus roti. Tapi, tak dapat nak lahap pun roti tue sebab takde jem. Oh, lupa nak cakap.. Si tuan rumah nie memang tak boleh makan makanan yang takde selingan dengan kawan-kawan kepada makanan tersebut, macam roti (kene ade jem), nasi goreng (kene ade sup), burger (kene ade daging.. =P)... and air (kene kosong, taun sekarang nie...).

[~Aha, cute gile gambar roti tue.. Tak sampai hati nak makan... picca - Google ~]

So, nak dijadikan cerita... semalam dengan penuh semangat yang berpada-pada, jem kaya ber'model'kan seri aji pun dibelilah, tapi tertinggal kat kedai tue pulak. Ish, ingat hari ni nak pergi ambil balik... tapi taktau laa orang kedai tue ingat ke tidak, ntah-ntah die buat taktau dah.. Haihloo, cenggane laa boleh tertinggal jem tue... maybe masa beli tue niat tak ikhlas kot, sebab ada 2 pompuan cantik-tak-cantik tapi ala-ala supermodel tahap dewa (orang luar, kot) kat kedai tue, pastu rase menggatal gi tengok sampai tertinggal jem tue.. haihloooo.. gatal, azhar miang, gatal... ee~ yurrrK... (salahkan pompuan sebab pakai pakaian yang mencolok mata). Anyway, umpteenth sorry for the double-mengarut untuk hari ni... tumbuk

p/s : ada sape2 nak tolong belikan i jem tak ? nanti kite share roti, kay..... :devilishgrin:
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Friday, December 18, 2009

::~55~:: Post Awal Pagi...


Cerita buang masa skit pada awal pagi..

9 jam yang lepas :

Kelihatan Abu, si rumate tuan tanah tengah mengemas-ngemas barang di UB1, 3002.

ZaaRz : Eh... Abu, ko nak balik ke malam nie ?

Abu : Yup, aku balik kot... Tapi taktau lagilah malam ni balik sini ke tidak.

ZaaRz : Oh, takpelah.. Aku tak kesah pun, lagipun aku nak layan movie hantu2 gak sorang-sorang dalam gelap malam nie. Macam feeling skit ko takde... (jahat kan ?)

Abu : haha.. Okay. Aku tak balik laa camtue...

ZaaRz : Heh.. Okay. Aku tak kesah pun... (sambil memandang laptop tanpa tengok kat rumate)

***
8 jam yang lepas....

- Antara azam ala-ala islamik saya tahun ni, tanak caye lagik dah menda karut-marut macam hantu, pocong or zombie2 nie.. Mengarut jek semua tue, orang melayu ni cepat sangat percaya kat benda-benda karut-marut nie. Sampai penuh kat tv ngan cerita2 hantu... isk, bosan.. tuelah sebabnya saya tak nuntun sangat tv sampai sekarang.


Sekarang, 3.30 a.m


Baru aje lepas menghabiskan 4 buah movie; Gone in 60 seconds, The bloody Vampire, HK Kuryuu, ngan The momok of Malaysia... dan 3 daripadanya adalah cerita yang sentuh-menyentuh ngan cerita hantu... (vampire ngan zombie kira hantu x?). Tapi tetiba jek aura takut datang, sebab tinggal sorang-sorang...malam jumaat pulak tue, disupportkan lagi bila rumate takde..(Nie laa susah tinggal dekat2, senang nak balik pastu tinggal sang rumate sorang2. Bagus Azhar, salahkan rumate banyak2~)...

Tue lah, buat berani laa kononnya pergi layan 3 cerita hantu tue... last2, tengok aje vampire mata merah rasa dah cuak~ T_T Pastu, campur pulak cerita zombie yang macam siot aje muncul tiba-tiba depan skrin laptop.. ngan saya2 berteriak sekali kat zombie tuh.. last sekali, cite momok lagi takleh blah.. hantu pakai kain putih, pastu duk mengilai2 kat bumbung rumah... Eish, seram. Sampai budak-budak yang duk nonton bola kat bawah tu berteriak goal pun, saya ingat suara puntianak. LoL~

~~~~~

Btw... Buat si Rumate,

U tanak balik lagi ke ?
U tak rasa lewat ke nie... ?? Dah pukul 3.30 nie... Tak elok balik lewat2 malam kan...
So, balik laa cepat2.. T_T Kita bace yassin sesama subuh nanti, kan maalhijrah.. please... please...
:sorry:
sob-sob-sob...

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, December 17, 2009

::~54~:: Doa Akhir & Awal Tahun



Ya Allah, pagi tadi baru terperasan yang kita dah berada di akhir tahun hijrah, 1430H. Besok, ataupun lebih spesifiknya lagi dikatakan lepas maghrib nanti, melangkahlah kita ke tahun baru hijrah, 1431H. So, sebelum terlambat... kat sini saya ada nak share sikit doa yang biasanya dan selalunya diamalkan setiap tahun hijrah...

****


Doa Akhir tahun :

[~Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk maghrib pada akhir bulan Zulhijjah~]

Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.

Ya ALLAH ,

Apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang telah Engkau tegahkan aku daripadanya, maka tidak sempat daku bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas aku walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan aku, malah Engkau memberi peluang supaya aku bertaubat setelah aku melakukan maksiat ke atas-Mu, maka sesungguhnya daku memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagiku dan apa yang aku lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan aku ganjaran pahala ke atasnya, maka daku memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada aku dan janganlah Engkau memutuskan harapan aku daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keatas keluarga serta para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

Aminn~

~~~~~~~~~~~~

Doa Awal Tahun :

[~Doa awal tahun dibaca 3x setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram~]

Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah,

Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi aku, daku memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan aku memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan aku memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang perkerjaan yang boleh mendekatkan diri aku kepada Engkau.

Ya Allah, Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan aku kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada aku kebahgiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah daku dari akan azab api neraka.

Aminnnn~

***
Ref : Himpunan Doa-Doa Pilihan, Al-Quran & Al-Hadi serta terjemahannya. Prof Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din. (98-101)

Selamat Tahun Baru Hijrah, 1431H.... Semoga Allah kurniakan kita dengan kemaafan dan kesihatan tubuh badan, serta petunjuk ke jalan yang lebih bagus dari hari-hari sebelumnya supaya kita menjadi insan yang lebih mengingatiNya... Selamat beramal... ;)

[Updated : Kalau free tue, bacelah Yassin 3x kali malam nie..(thanks izzah kerana menggingatkan..)]


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

::~53~:: Mom. Ibu. Mak. Ummi.


This article was read-attracted-copy-paste for this blog.. Enjoy the reading.. ;)

Kepada semua insan yang mempunyai mak...


Ibu. Emak. Mama. Ummi. Amma. Bonda. Mummy. Mom. Mother.

Semuanya merujuk kepada satu, iaitu insan yang melahirkan kita di muka bumi. Ada manusia dilahirkan tanpa bapa, tetapi tidak mungkin manusia itu dilahirkan tanpa ibu.

Menjadi ibu merupakan tanda kehormatan tertinggi kepada seorang wanita. Kedudukan seorang yang bergelar ibu, martabatnya jauh melampaui martabat seorang gadis dan seorang isteri.

Hadis Rasulullah,

"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Manakala dalam satu hadis yang lain, mafhumnya membawa maksud darjat seorang ibu itu 3 kali lebih tinggi dari darjat seorang ayah.



Siapakah yang layak dianugerahkan penghormatan sebegitu rupa sekiranya bukan kepada mereka yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan 10 hari?


Mereka lah yang menanggung beban dan karenah kita sepanjang mengandungkan kita seperti menghadapi loya pening, tendangan kita, sakit sebab kita tersalah duduk di dalam perut ibu dan sebagainya.

Mereka juga yang menderita di saat melahirkan kita di muka bumi ini. Mereka menyabung nyawa demi meneruskan zuriat tercinta. Segala kesakitan itu seolah-olah hilang bila mendengar tangisan sulung kita.

Tiada siapa yang boleh merasakan ini semua melainkan dia adalah seorang ibu.

Gadis yang tidak bercita-cita menjadi seorang ibu, sesungguhnya dia telah kehilangan satu anugerah dari Ilahi.

Isteri yang tidak mahu mendapat zuriat, sesungguhnya dia telah menolak rezeki Allah yang tidak ternilai harganya.

Ibu yang kita kenal merupakan mereka yang lemah lembut dan mudah mengeluarkan air mata. Tetapi disebalik kelembutan itu terdapat kekentalan semangat yang tidak tentu ada pada si bapa.

Tanyalah kepada kaum bapa, berapa ramai yang sanggup melihat saat isteri mereka melahirkan anak? Baru melihat pun ada yang tidak sanggup, inikan pula kalau ditanya berapa ramai yang sanggup menggantikan tempat isteri di saat melahirkan anak?

Secara fitrahnya, seorang anak itu akan lebih rapat kepada ibu berbanding bapa. Si anak lebih mudah berbicara bersama ibu berbanding bapa. Masakan tidak, semua daripada kita pernah berkongsi hidup selama 9 bulan bersama ibu. Berkongsi sakit, emosi dan makanan yang sama. Malah tempoh itu dipanjangkan pula semasa tempoh susuan selama 2 tahun.

Kebiasaannya, ibu merupakan guru pertama kita. Dialah yang menyebabkan kita mengenal dunia. Tahu mengira serta membaca. Ibu juga merupakan artis idola kita, kerana alunan suaranya begitu mengasyikkan ketika mendodoikan kita tidur.

Jika ditanya kepada umum, masakan ibu merupakan masakan terhebat di dunia. Kehebatan resipi-resipi Chef Wan belum tentu menyamai resipi ikan goreng ibu, kerana ibu telah mengadunkan ramuan kasih sayang di dalamnya. Chef Wan memasak kerana dia tahu betapa mahal bayaran yang bakal beliau dapat, tetapi bila ibu memasak, dia tahu betapa seronoknya hatinya melihat anak-anak kekenyangan.

Berkat dan kasih sayang yang mengalir dari bekas air tangan ibu dalam masakan merupakan sesuatu yang mulai hilang di dunia moden ini. Wanita hari ini sudah mula mengutamakan kerjaya dari keluarga. Tugas memasak, menjaga anak sudah diserahkan kepada pembantu rumah. Maka jangan dikesal, sekiranya anak-anak lebih rapat kepada pembantu rumah berbanding ibu sendiri.

Ibu yang terbaik adalah ibu yang mengajar anaknya mengenal Allah dan Rasul sehingga anaknya mengenal apa itu erti jihad dan perjuangan Islam. Tetapi malang, kalau ibu itu merupakan insan pertama yang mengajar anaknya mengenal para artis dan hiburan yang melalaikan.

Seorang anak yang hebat itu, ibunya sudah pasti seorang yang hebat juga. Ibu seperti ibu kepada Muhamad bin Idris as-Syafi'i sudah semakin kurang di dunia ini.

Ibunya sanggup keseorangan untuk melepaskan anaknya merantau jauh mencari ilmu mengenal Allah dan menyerahkan keselamatan anaknya kepadaNya semata-mata. Akhirnya, bila anaknya sudah bergelar ulama' mujtahid dan pulang bersamanya harta, ibunya enggan menerimanya kembali kerana besama Muhammad bin Idris itu adalah harta.

Baginya, niat menghantar anaknya merantau jauh menuntut ilmu adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan untuk mengumpulkan harta. Akhirnya, si ibu menerima kepulangan anaknya setelah semua harta yang dibawanya diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Itulah ketulusan hati ibu kepada Imam Syafi'i Rahimahullah.

Tetapi hari ini, ungkapan biasa seorang ibu itu adalah, "Belajarlah rajin-rajin, nanti dah besar boleh jadi orang kaya, pemimpin negara."

Dan jarang kita mendengar,"Nak, belajarlah, semoga engkau akan mengenal Allah dan Rasul dan mendapat keredhaanNya."

Barangkali inilah antara sebab kenapa Imam Syafi'i mampu menghafaz kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dalam satu malam sahaja kerana ilmu yang dicari bukan untuk harta dan pangkat, tetapi untuk keredhaan Allah.

Kepada anak-anak, bisikkanlah di telinga ibumu sementara dia masih hidup, "Mak, maafkan dosa-dosa anakmu ini dan halalkanlah setiap titis susu yang engkau berikan ketika aku masih kecil dahulu."
~~~~~~~~~~~~

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa ibu bapa kami, dan kasihilah mereka seperti mana mereka kasihkan kami sewaktu kami kecil dahulu. Amin."

~~~~~~~~~~~~

Selamat hari jadi, mak.. semoga mak dapat melihat seorang lagi anak yang bakal bergelar engineer yang akan grad pada tahun depan.. InsyaAllah....

PS : diambil dari blog I stalking... Mintak Maaf yer. (I takleh nak link'kan u, again... double-sorry).doa

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, December 10, 2009

::~52~:: Nokia vs Sony Ericson


Kalau dalam post hari tue saya ada mentionkan pasal hp baru adik saya, kan2? So dalam post nie, meh nk tunjuk2 skit pasal hp yang menjadi kegilaan saya...

Sony Ericsson, W995..ngan Nokia N86...



Sony Ericsson, W995 &
Nokia N86

tapi menjadi idaman jek laa.. Tak mampu nak beli kot. haha..sigh Kalaulah diberi pilihan, yang mana nak pilih ek ? Sony ke Nokia ? Kalau dapat free, nak aje pilih dua2.. Tapi kalau beli, rasanya stick dekat nokia sebab confident pada brand nokia jek buat masa ni.. ^_^ Lagipun, Dr Fadzilah Kamsah pun ada cakap yang yang boy lahir dalam bulan November nie jenis setia, macam I setia kat Nokia nie la.. jelir
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |